Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Indonesia, Singapura meterai perjanjian pertahanan, ekstradisi

    JAKARTA, INDONESIA, 25 JAN – Indonesia dan Singapura hari ini telah menandatangani siri perjanjian pertahanan dan diplomatik penting yang menandakan titik peralihan dalam perhubungan antara negara berjiran Asia Tenggara berkenaan.

    Perjanjian mengenai kerjasama pertahanan, di samping perjanjian-perjanjian mengenai ekstradisi dan hak ruang udara, telah ditandatangani di hadapan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

    “Ia telah menjadi agenda dua hala kami selama beberapa dekad, kami telah bekerjasama dan membincangkannya banyak kali sebelum ini,” Lee berkata pada satu sidang media bersama Widodo.

    Majlis penandatanganan di pulau peranginan Indonesia, Bintan, sebelah Singapura itu menyusuli perundingan-perundingan berpanjangan dan sukar.

    Satu perjanjian pertahanan serupa pertama kali dimeterai oleh kedua-dua buah negara berkenaan pada April 2007, tetapi tidak berkuat kuasa selepas bantahan di Parlimen Indonesia.

    Dengan perjanjian-perjanjian ruang udara dan ekstradisi memenuhi banyak permintaan Jakarta, ia secara meluas dijangka bahawa para penggubal Indonesia – majoritinya dari blok pimpinan kerajaan – akan meluluskan perjanjian-perjanjian baharu berkenaan. – AP

    Gambar yang dikeluarkan Istana Presiden Indonesia menunjukkan Presiden Joko Widodo berbual bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa pertemuan mereka di tempat peranginan Bintan, Pulau Riau, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...