Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Indonesia tekad hentikan sementara eksport arang batu

    JAKARTA, 6 JAN – Pejabat Eksekutif Presiden Indonesia menjelaskan bahawa keputusan Presiden Joko Widodo mengenakan larangan eksport arang batu telah dibuat selepas mengambil kira kepentingan negara serta usaha kerajaan menghadapi cabaran krisis tenaga global.

    Keputusan oleh Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi itu dibuat dalam situasi protes oleh pengusaha tempatan dan negara pengimport seperti Jepun.

    Dalam mempertahankan keputusan presiden, Timbalan Ketua Staf Presiden, Febry Calvin Tetelepta berkata kerajaan menghargai semua perusahaan yang telah memenuhi komitmen Obligasi Pasaran Domestik (DMO) arang batu.

    “Namun arahan presiden adalah dalam rangka mempertahankan peraturan DMO,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

    Beliau berkata meskipun krisis tenaga global mendorong seluruh dunia bersaing untuk mendapatkan sumber tenaga yang boleh dipercayai termasuk arang batu dari Indonesia, namun keperluan elektrik untuk 270 juta rakyat Indonesia tidak boleh diketepikan.

    Mekanisme DMO mengenai pengeluaran arang batu menetapkan 25 peratus daripada pengeluaran itu perlu dijual kepada syarikat utiliti milik kerajaan, PT Perusahaan Listrik Negara (PT PLN).

    Larangan eksport sepanjang Januari 2022 itu diumumkan kerajaan pada awal minggu ini berikutan stok arang batu di beberapa loji jana kuasa PT PLN merosot ke paras yang rendah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...