Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jalan Jiwa Murni di Sarawak dinaik taraf

    KUCING, 7 MAC – Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan Sarawak akan menaik taraf 578 kilometer (km) Jalan Jiwa Murni di negeri ini.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha naik taraf itu juga akan diselesaikan sebelum sambutan Krismas pada tahun ini.

    Beliau berkata tumpuan menaik taraf jalan juga akan diberikan di kawasan utara Sarawak seperti di Miri, Limbang dan Belaga.

    “Keutamaan kita adalah jalan-jalan yang tidak lagi dilalui kenderaan balak, ini penting untuk dinaik taraf sebagai jalan utama untuk ke kawasan pendalaman.

    “Yang penting ini mesti dibuat sebelum tiba Krismas, bukan sahaja kerana untuk mudahkan orang pulang tetapi kerana musim tengkujuh yang akan tiba selepas itu,” katanya selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama Kerajaan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

    Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dengan kerajaan Sarawak bersetuju bekerjasama dalam pembangunan estet tanaman padi di negeri itu.

    Katanya pembangunan estet itu nanti bagi menampung permintaan domestik. – Bernama

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...