Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Jambatan terbesar di Bangladesh akan dibuka

    DHAKA, 24 MEI – Jambatan Padma yang terbesar di Bangladesh bakal dibuka kepada lalu lintas mulai 25 Jun, kata Menteri Pengangkutan Jalan dan Jambatan Bangladesh, Obaidul Quader hari ini, menurut laporan Xinhua.

    Beliau mengumumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina di Dhaka hari ini.

    “Perdana Menteri, Sheikh Hasina akan merasmikan jambatan itu pada 25 Jun,” katanya.

    Difahamkan kadar tol yang ditetapkan adalah antara kira-kira 100 hingga 6,000 Taka Bangladesh.

    Projek jambatan sepanjang 6.15 kilometer itu dijalankan oleh China Railway Major Bridge Engineering Group Co, Ltd (MBEC) dan merupakan projek infrastruktur terbesar serta paling mencabar dalam sejarah Bangladesh.

    Jambatan merentasi Sungai Padma itu menghubungkan kawasan timur laut dan barat daya. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...