Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Jasad Ratu Elizabeth II tiba di London

    LONDON, 14 SEPT – Jasad Ratu Elizabeth II tiba di London dan akan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga Istiadat Pemakaman Negara pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

    Sementara itu anakanda Ratu Elizabeth II, Puteri Anne dalam satu kenyataan menzahirkan rasa terharu atas kasih sayang dan penghormatan yang diberikan orang ramai ketika jasad mendiang ratu dibawa dengan menggunakan kenderaan khas menuju ke Istana Buckingham.

    Jasad Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di Bow Room sebelum dibawa ke Istana Westminster.

    Raja Charles III dan Permaisuri Camilla, tiba di Istana Buckingham petang Selasa selepas puluhan ribu orang berbaris di jalanan dalam hujan lebat bagi menyambut ketibaannya di ibu negara itu. Menurut UPI, terdahulu pasangan diraja itu berkenan menghadiri upacara keagamaan di Gereja St. Anne.

    Hari ini, keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Dewan Westminster di mana orang ramai akan memberikan penghormatan terakhir bermula sehingga hari pengebumian pada Isnin depan. – Bernama/AFP

    Keranda Ratu Elizabeth II semasa dalam perjalanan dari Istana Buckingham ke Istana Westminster, di London kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...