Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    JDT tewaskan Guangzhou FC

    ISKANDAR PUTERI, 28 APRIL – Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Guangzhou FC 2-0 dalam perlawanan timbal balik aksi Kumpulan I kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

    Awal perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan ligat mengasak benteng pertahanan lawan masing-masing dengan beberapa percubaan.

    Gawang juara lapan kali Liga Super China itu dibolosi pada minit ke-16 selepas pengadil Payam Heidari menghadiahkan penalti kepada JDT apabila Bergson Da Silva dikasari Feng Yifan, sekali gus membolehkan pemain sensasi itu meledakkan gol pertama buat JDT.

    Bagaimanapun JDT gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menambah jaringan selepas tendangan Bergson pada minit ke-33 berjaya ditepis oleh penjaga gol, Zhang Jihao.

    Pasukan kendalian Pan Yong He dilihat seakan sukar menemui rentak permainan selepas diasak serangan JDT.

     Satu minit sebelum tamat perlawanan, anak buah Benjamin Mora sekali lagi dihadiahi penalti menerusi Bergson selepas Ramadhan Saifullah dikasari Shadeer Sihakejiang dan keputusan kekal 2-0.

    Susulan kemenangan itu, JDT kini menghuni tangga ke-dua dengan 10 mata di belakang Ulsan Hyundai juga dengan 10 mata cuma dipisahkan dengan perbezaan gol, manakala Kawasaki Frontale turun di tempat ketiga dengan lapan mata diikuti Guangzhou FC tanpa sebarang mata. – Bernama

    Aksi Arif Aiman (kiri) cuba melepasi Shadeer Sihakejiang dan Wang Tianqing pada perlawanan ACL bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...