Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tingkat kedayatahanan ASEAN melalui ACDM

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Komuniti ASEAN mengenali pentingnya kerjasama dan perpaduan dalam mengurangkan impak bencana serta meningkatkan kedayatahanan negara-negara anggota.

    Dalam hubungan itu, Jawatankuasa ASEAN mengenai Pengurusan Bencana (ACDM) merupakan platform kritikal yang menggabungkan semua pihak menuju ke arah ketabahan lebih besar terutamanya dalam pendudukan bencana.

    Penekanan itu dibuat oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon, dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Mesyuarat ACDM ke-44 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Beliau menyatakan bahawa tema ACDM pada tahun ini iaitu Membina sebuah ASEAN Berdaya Tahan Menerusi Pemulihan Bencana Mampan dan Inklusif, menekankan usaha bersepadu dalam mengurangkan risiko bencana serta pengurusan bencana dengan matlamat untuk mengukuhkan rantau ASEAN daripada kesusahan dan pada masa yang sama, memastikan bahawa tiada sebarang komuniti yang tertinggal di belakang.

    Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian dan melalui bencana yang teruk, pendekatan Seluruh ASEAN dan komitmen kepada Satu ASEAN, Satu Tindak Balas, kita telah mengetengahkan kedayatahanan kita, jelasnya lagi.

    Dengan berhadapan cabaran yang kerap berubah seperti pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim, dedikasi kepada sokongan dan bantuan bersama adalah amat penting, tekan Dayang Nor Hamidah.

    Sehubungan itu, ulasnya, ACDM menjadi sebagai platform untuk mengesahkan semula komitmen bersama kepada pengurangan risiko bencana, kesiapsiagaan dan tindak balas.

    Dengan ASEAN terus membangun dan melalui pembandaran yang pesat di negara-negara anggota, adalah amat penting bagi kita untuk terus mengukuhkan hubungan dan bekerjasama dengan berkongsi amalan terbaik dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan.

    Dalam menghalusi lagi strategi pengurusan bencana, kita boleh melindungi komuniti kita dengan lebih baik, mengurangkan kehilangan jiwa dan mata pencarian serta berkembang maju sebagai sebuah rantau.

    Delegasi yang hadir Mesyuarat ACDM ke-44, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Dayang Nor Hamidah semasa menyampaikan ucapan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...