Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kunjungan muhibah raikan Aidilfitri dengan mualaf

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 MEI – Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan saudara baharu yang menetap di Daerah Belait, rombongan Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait telah mengadakan kunjungan muhibah ke beberapa buah kediaman saudara baharu, hari ini.

    Rombongan yang diketuai oleh Ketua Unit Dakwah, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa itu telah mengadakan kunjungan ke tiga buah rumah di daerah berkenaan.

    Antaranya termasuklah kediaman Presiden Persatuan Sinar Islam (PSI), Haji Mohd Yassin bin Abdul Rahim Sap; Hajah Norshamrina binti Haji Nasiruddin dan Awang Zaidi bin Abu Bakar.

    Menerusi kunjungan itu, unit tersebut berharap dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan golongan mualaf di daerah tersebut, di samping meraikan sambutan raya bersama-sama.

    ATAS & BAWAH: Haji Muskrisman Safari bersama rombongan semasa kunjungan muhibah berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...