Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Runding buka klinik di Mekah dan Madinah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Seramai 20 orang pegawai perubatan haji terdiri daripada enam orang pegawai perubatan dan 14 orang pegawai kejururawatan menyertai rombongan Bi’thah Perubatan Haji bagi Musim Haji 1445H/ 2024M.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi rombongan tersebut yang berlangsung di Dewan Al’-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan ahli Lembaga Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Dr Awang Norfarizal bin Othman; Pemangku Pengarah Urusan Insurans Islam

    TAIB Holdings Sdn Bhd, Haji Mohd Yusreza bin Haji Mohd Yassin; Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), Haji Mahmud bin Haji Mohamed, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan di kementerian tersebut.

    Ketua rombongan berkenaan, Dr Haji Mohammad Athaaillah bin Haji Abdullah dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Mereka akan membuat perundingan dengan pihak yang berwajib di Arab Saudi untuk mendapatkan lesen membuka klinik di Mekah dan Madinah, seterusnya menyediakan klinik dan perkhidmatan-perkhidmatan untuk para jemaah haji Negara Brunei Darussalam.”

    Beliau turut menyatakan bahawa pegawai perubatan haji akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik di mana sikap bekerjasama, bantu-membantu dan tidak camah mata diterapkan di setiap diri pegawai tersebut supaya dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada jemaah-jemaah haji negara.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian surat lantikan kepada rombongan itu sekali gus sumbangan kepada bakal jemaah haji seramai 38 orang yang terdiri daripada sembilan orang lelaki dan 29 orang perempuan daripada kalangan pegawai dan kakitangan kementerian itu yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Kemudian, majlis turut menyaksikan penyerahan Perlindungan Skim Takaful Duyufur Rahman dan beg khas bagi rombongan itu yang disempurnakan oleh Dr Awang Norfarizal kepada Haji Maswadi dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai bersama rombongan Bi’thah Perubatan Haji bagi Musim Haji 1445H/ 2024M. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan derma kepada jemaah haji Kementerian Kesihatan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDAN
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyaksikan penyerahan Perlindungan Skim Takaful Duyufur Rahman dan beg khas bagi rombongan pegawai perubatan haji Kementerian Kesihatan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...