Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    JPMC hargai jasa jururawat dan bidan yang telah tiada

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Dalam sama-sama memohon rahmat Ilahi bagi mengenang jasa baik para jururawat dan bidan yang telah kembali ke rahmatullah, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bersempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2023 itu ialah Pengarah Eksekutif Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar; dan Timbalan Pengarah Perubatan JPMC, Dr Muhd ​​Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian wakaf berupa dispenser air dengan penyelenggaraan tahunan selama lima tahun kepada Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Dr Haji Mazrul Adimin menyampaikan wakaf daripada JPMC kepada Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...