Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Jumlah ketibaan pelancong Malaysia-Brunei meningkat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Haji Zainuddin mengongsikan sejak Brunei membuka sempadannya Ogos lalu, mereka telah menerima sebanyak 25,655 ketibaan dari Brunei ke Malaysia.

    Manakala pada September sebanyak 45,960 ketibaan dari Brunei yang menunjukkan peningkatan sebanyak 79 peratus.

    Sehubungan itu, Dato’ Haji Zainuddin turut mengalu-alukan ketibaan pelancong Brunei bukan sahaja di hujung minggu tetapi juga semasa percutian jangka panjang, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak malah ke Semenanjung Malaysia.

    Malaysia juga menjangkakan pelancong dari Brunei akan meningkat pada musim cuti persekolahan bulan 12 nanti.

    “Brunei juga merupakan satu pasaran ‘friendly packages’ yang kuat responnya kepada program kami, oleh itu, kami juga memperkenalkan pakej pelancongan Muslim kepada rakyat Brunei,” kata Dato’ Haji Zainuddin.

    Datuk Hajah Saraya Arbi dan Dato’ Haji Zainuddin semasa ditemu bual.

    Terdahulu, media-media domestik Malaysia dan antarabangsa dari Brunei, Indonesia dan Thailand yang telah mengikuti Tourism Malaysia Explore Race (TOMER) 2022 telah diberikan penghargaan di Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia 2022 kerana membantu Tourism Malaysia mempromosikan pelancongan tempatan mereka.

    Dengan pakaian bertemakan Black & Gold, perwakilan media dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian daripada artis terkenal, Khai Bahar dan Ernie Zakri.

    Juga memeriahkan suasana ialah penampilan istimewa Duta Tourism Malaysia, Dato’ Cef Ismail bersama sajian-sajian istimewa beliau.

    Dalam pada itu, pemenang-pemenang bagi acara TOMER juga diumumkan dengan tempat pertama membawa pulang wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000.

    Manakala 10 lagi pemenang masing-masing membawa pulang RM500. Manakala pasukan Brunei telah berjaya mendapat tempat ke-12, menewaskan sembilan pasukan domestik dan antarabangsa yang lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...