Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Sepakat selaras pelancongan digital

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dalam era ini, transformasi digital merupakan satu kemestian dan industri pelancongan terus berada di barisan hadapan inovasi teknologi itu.

    Menurut Inisiatif Transformasi Digital (DTI) World Economic Forum, industri pelancongan dijangka akan membelanjakan sehingga $305 bilion bagi proses pendigitalan dari 2016 hingga 2025 di mana ia dijangkakan akan menghasilkan keuntungan sebanyak $700 bilion dan ini menunjukkan bahawa terdapat potensi yang amat besar khususnya bagi industri pelancongan.

    Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar semasa berucap pada Bengkel Pembangunan Kapasiti Pusat ASEAN-Korea di Hotel Radisson, menyatakan COVID-19 telah mengajar kita menjadi lebih adaptif dan berdaya tahan di mana setelah memasuki fasa endemik, ia akan membawa perubahan kepada landskap industri pelancongan.

    Kemunculan trend global yang baharu seperti Smart and Contactless Travel, meletakkan keselamatan sebagai keutamaan serta Pelancongan Mampan di mana pelanggan lebih peka dan bertanggungjawab berhubungan dengan jejak ekologi mereka.

    Oleh itu, adalah bertepatan masanya bagi pihak-pihak berkepentingan pelancongan kita, ulas Hajah Dahliana, untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi digital, memperoleh kemahiran dan pengetahuan baharu, menyahut cabaran serta bersiap siaga supaya operasi perniagaan mereka akan menjadi sebuah industri kompetitif, berdaya tahan dan mampan sehingga ke masa hadapan.

    Menyentuh mengenai de-ngan bengkel pembangunan kapasiti, Hajah Dahliana menyatakan bengkel itu adalah selaras dengan Pelan Pemulihan dan Strategik, Jabatan Kemajuan Pelancongan iaitu untuk meningkatkan pembangunan kapasiti menerusi latihan dan bengkel yang bersesuaian bagi pihak-pihak yang berkepentingan dalam industri pelancongan.

    Ia amat penting kerana usaha untuk pulih daripada kesan ekonomi pandemik, memerlukan pemilik perniagaan, pakar industri dan pihak berkepentingan yang relevan untuk sama-sama membincangkan cabaran, meneroka penyelesaian praktikal, berkongsi amalan terbaik serta pertukaran prospek pasaran.

    Beliau menyatakan harapan bengkel itu akan mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN-Korea dalam pelancongan khususnya dalam mempromosikan pembangunan kapasiti dalam kalangan profesional pelancongan.

    Hajah Dahliana menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa majlis berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...