Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Junta isytihar undang-undang tentera di 37 bandar

    YANGON, 3 FEB – Junta Myanmar telah mengisytiharkan langkah baharu di kubu-kubu kuat penentang di mana orang yang dituduh melakukan pengkhianatan dan ‘menyebarkan berita palsu’ akan dibicarakan oleh mahkamah tentera, kata media kerajaan hari ini.

    Di 37 perbandaran yang dikenakan undang-undang tentera itu, tiada rayuan akan dibenarkan untuk sabitan yang dijatuhkan oleh tribunal tentera, kecuali hukuman mati, yang mesti diluluskan oleh ketua junta, Min Aung Hlaing, menurut akhbar Global New Light of Myanmar yang dikendalikan kerajaan.

    Pengumuman terkini itu menandakan junta sedang mencari cara baharu untuk menghapuskan tentangan di kawasan-kawasan di mana pejuang anti-rampasan kuasa bergerak aktif.

    Akhbar Global New Light of Myanmar berkata peluasan itu dilakukan “untuk melaksanakan usaha yang lebih berkesan bagi memastikan keselamatan, kedaulatan undang-undang serta keamanan dan ketenteraman tempatan”.

    Di bawah langkah baharu itu, tribunal tentera akan mendengar kes jenayah daripada pengkhianatan besar hingga larangan ‘menyebarkan berita palsu’ yang digunakan tentera untuk memenjarakan berpuluh-puluh wartawan. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Pasukan Penerangan Berita Sebenar Tentera menunjukkan Jeneral Min Aung Hlaing bercakap semasa mesyuarat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan pada 31 Januari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...