Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Kampung, taman perumahan di Labuan terputus bekalan air

    LABUAN, 22 MAC – Lebih 20 kampung dan beberapa kawasan taman perumahan di pulau bebas cukai ini terjejas teruk akibat terputus bekalan air sejak Isnin lepas setelah pam air utama rosak susulan gangguan bekalan elektrik.

    Kawasan terjejas ialah Kiamsam melibatkan Kampung Bebuloh, Kampung Belukut, Kampung Sungai Buton, Kampung Sungai Bedaun dan Taman Mahkota Impian di Jalan Bukit Timbalan; Layangan meliputi Kam-pung Layangan, Kampung Sungai Labu, Kampung Kilan, Kampung Bukit Kuda, kawasan di Kampung Bukit Kalam.

    Turut terjejas ialah Kampung Durian Tunjong, beberapa kawasan di Jalan Penghulu Tuah, Kampung Lajau, Kampung Ganggarak, Kampung Merinding, Kam-pung Pohon Batu, Pancur Hitam, Kampung Batu Manikar, Tanjung Kubong, Lubok Temiang dan kawasan di sekitar Pohon Batu. – Bernama

    Lebih 20 kampung dan beberapa kawasan perumahan di Labuan telah beberapa kali terjejas akibat bekalan air terputus sejak 20 Mac selepas pam air utama tidak berfungsi akibat gangguan bekalan elektrik. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -