Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kapal kargo UAE karam, 16 kru selamat

    TEHRAN, 17 MAC – Sebuah kapal kargo Emiriah karam di perairan Teluk, luar Iran, mencetuskan operasi mencari dan menyelamat di laut dalam hari ini yang menemui 16 daripada 30 krunya, lapor media Iran.

    “Sebuah kapal pengangkut kereta Emiriah tenggelam 50km dari pelabuhan Asalouyeh dengan satu operasi mencari telah dilancarkan untuk menyelamatkan 30 kru anggotanya,” kata pegawai perlindungan maritim tempatan memberitahu agensi berita kerajaan IRNA.

    “Kerana cuaca tidak baik dan angin kencang” kapal itu karam sebelum tiga kapal penyelamat tiba di lokasi tersebut, kata pegawai.

    Pegawai Iran lain berkata 16 daripada 30 krunya kemudian diselamatkan dari air oleh para penyelamat.

    “Atas usaha pasukan kecemasan, 16 daripada kru kapal sudah diselamatkan,” kata pengarah pengurusan krisis bagi wilayah Bushehr memberitahu agensi berita Iran, Tasnim.

    “Pencarian bagi 14 kru lain masih diteruskan,” ujarnya lagi.

    Perkhidmatan kaji cuaca Iran telah mengeluarkan amaran merah kelmarin berkaitan angin kencang dan laut bergelora di luar perairan Asalouyeh.

    Pegawai tidak memberi butiran lanjut mengenai kapal karam tersebut. – AFP

    Gambar bertarikh 17 Mac menunjukkan kapal kargo Emiriah karam sekitar 50km dari pelabuhan Asalouyeh di selatan Iran. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...