Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kecederaan hadkan penyertaan Zverev

    NEW YORK, 23 OGOS – Naib juara Terbuka AS 2020, Alexander Zverev akan terlepas kejohanan pada tahun ini kerana menjalani pemulihan daripada pembedahan pergelangan kaki kanan.

    Zverev mengalami kecederaan pergelangan kaki semasa beraksi di perlawanan separuh akhir menentang Rafael Nadal di Terbuka Perancis pada Jun lalu, dan pemain ranking kedua itu menarik diri daripada Terbuka AS kelmarin.

    Pemain Jerman berusia 25 tahun itu hampir memenangi gelaran Grand Slam dua tahun lalu di Flushing Meadows sebelum Dominic Thiem bangkit untuk menewaskannya dalam set penentuan kelima.

    Ia adalah kali pertama pemain bangkit daripada ketinggalan 2-0 dalam aksi final sejak Pancho Gonzalez melakukannya menentang Ted Schroeder pada 1949.

    Zverev memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu dan kembali ke separuh akhir Terbuka AS, namun tewas kepada Novak Djokovic dalam pertemuan lima set.

    Pemain Amerika Syarikat (AS), Stefan Kozlov dimasukkan ke dalam undian utama kejohanan. Undian utama akan bermula Isnin depan.

    Reilly Opelka, yang memenangi dua gelaran tahun lalu, turut menarik diri kelmarin kerana kecederaan. – AP

    Alexander Zverev akan terlepas kejohanan pada tahun ini kerana menjalani pemulihan daripada pembedahan pergelangan kaki kanan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...