Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kediaman dinyahkuman untuk kawal jangkitan

    BEIJING, 10 MEI – Pasukan-pasukan yang memakai sut perlindungan putih memasuki kediaman-kediaman penduduk yang dijangkiti koronavirus untuk menyembur pembasmi kuman ketika Shanghai cuba membendung penularan Omicron melalui strategi ‘sifar COVID’ China yang ketat.

    Pegawai bandar tersebut, Jin Chen hari ini berkata dalam komuniti yang berkongsi bilik mandi dan dapur, setiap kediaman yang menggunakan kemudahan tersebut juga akan dinyahkuman. Dia cuba memberitahu kerisauan orang ramai mengenai kerosakan terhadap pakaian dan barangan berharga, dengan berkata penduduk tersebut boleh memberitahu pasukan yang bertugas mengenai barangan yang perlu dilindungi.

    Shanghai turut mengantungkan perkhidmatan dua laluan kereta api bawah tanah terakhir yang masih beroperasi sehingga hari ini, menjadikan keseluruhan sistem bandar tersebut ditutup buat kali pertama, menurut The Paper, rangkaian media dalam talian.

    Langkah terkini dibuat ketika Shanghai mengarahkan penduduk di beberapa buah daerah untuk kekal berada di rumah sekali lagi selepas membenarkan sebilangan untuk membeli-belah dalam masa yang terhad beberapa minggu kebelakangan.

    Langkah terkini membuatkan penduduk semakin kecewa, yang berharap perintah berkurung lebih daripada sebulan dapat dilonggarkan ketika jumlah kes baharu di bandar itu berkurang.

    Lebih 25 juta penduduk bandar itu berada di bawah perintah berkurung, meskipun sebahagiannya telah dilonggarkan di kawasan subbandar yang tidak mencatat kes baharu. Video yang diambil oleh The Associated Press kelmarin menunjukkan keadaan bandar yang sunyi dan kosong, hanya beberapa buah kereta melintas dan pemandu menghantar makanan menggunakan jalan raya yang lengang.

    Beijing memulakan ujian besar-besaran ke atas jutaan penduduknya hari ini dalam usaha untuk menghentikan penularan. Bandar itu, yang merekodkan 74 kes baharu kelmarin, telah menutup kawasan perumahan, 60 buah stesen kereta api bawah tanah dan tidak membenarkan makan di restoran.- AP

    Penduduk membawa bagasi untuk dinyahkuman ketika dia pulang ke rumah selepas di kuarantin kerana kes COVID ditemui di kawasan kejiranan.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...