Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kem. Pembangunan kemas kini perkhidmatan dalam talian

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Pihak kerajaan giat melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha mengadaptasikan perubahan khusus dalam pembangunan teknologi digital untuk mencapai hasrat dan aspirasi ke arah negara pintar.

    Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa kementerian berkenaan telah mengemas kini beberapa perkhidmatan dalam talian bagi kemudahan orang ramai menghadapkan permohonan mereka tanpa perlu berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan secara fizikal atau memuat turun borang permohonan.

    Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang dikemas kini adalah seperti permohonan hal ehwal bekalan air, permohonan permit jalan raya, pendaftaran Juruukur Tanah Berlesen (LLS) dan permohonan mengikuti Skim Perumahan Negara.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa orang ramai perlulah melayari portal rasmi Kementerian Pembangunan iaitu www.mod.gov.bn bagi mengakses perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

    Adapun, perkhidmatan dalam talian itu adalah bagi menghadapkan permohonan baharu sahaja dan orang ramai hendaklah terlebih dahulu mendaftar masuk menggunakan akaun e-Darussalam.

    Permohonan hanya akan diproses setelah semua maklumat yang dikehendaki lengkap diisi. Kemudian khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui nombor telefon bimbit dan e-mel akan dihantar bagi permohonan yang berjaya diterima.

    Panduan bagi menggunakan portal berserta soalan-soalan lazim ada disediakan di portal berkenaan untuk rujukan orang ramai.

    Manakala bagi maklumat mengenai proses penggunaan akaun e-Darussalam, orang ramai bolehlah melayari www.gov.bn atau menghubungi Perkhidmatan Talian Darussalam 123.

    Kementerian Pembangunan juga giat melaksanakan usaha penambahbaikan bagi perkhid-matan-perkhidmatan lain secara dalam talian dari semasa ke semasa.
    Oleh itu, sebarang maklumbalas daripada orang ramai pada fasa awal pengenalan portal

    Kementerian Pembangunan berkenaan adalah dialu-alukan dengan menghantarkan e-mel ke alamat ask.modportal@mod.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...