Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    ‘King of Sado’ lembu terbaik dikorbankan

    KUALA LUMPUR, 10 JULAI – Lembu ‘tersado’ di Malaysia seberat 1.2 tan yang dinamakan ‘Gemuk’ dipilih untuk ibadah korban kerana merupakan lembu yang terbaik.

    Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata Gemuk yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran melebihi RM30,000 itu merupakan haiwan kesayangan seorang kanak-kanak perempuan.

    Beliau berkata Gemuk dibesarkan oleh seorang penternak bernama Muhammad Bakri Bukhari dari Bera, Pahang iaitu seorang pelanggan pakej umrah yang ditawarkan Ikhlas Sdn Bhd yang telah menunaikan ibadah suci itu pada Mac lepas.

    “Semasa Gemuk diambil Muhammad Bakri, beratnya hanyalah 600 kilogram (kg) dan beliau telah menjaga Gemuk selama empat tahun sehinggalah menjadi seberat 1.2 tan. Jadi boleh dikatakan Encik Bakri adalah seorang penggembala terbaik di Malaysia.

    “Sebab apa kami pilihnya untuk ibadah korban tahun ini kerana Gemuk adalah lembu yang terbaik. Ibadah korban bukan sekadar memberi tetapi memberi yang terbaik,” katanya selepas ibadah korban di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, hari ini.

    Ikhlas juga menceritakan bagaimana anak perempuan Muhammad Bakri bersedih apabila diberitahu oleh ayahnya bahawa Gemuk akan dijual untuk dikorbankan setelah mendapat gelaran King of Sado.

    “Anak perempuan dia banyak jaga lembu dengan bapanya. Dia banyak membantu untuk basuh dan memberi makan. Jadi apabila dia dapat tahu lembu ini akan dijual, dia merajuk dengan bapanya.

    “Tetapi, bapanya sudah menjelaskan bahawa Gemuk dipilih oleh Allah SWT untuk kebaikan orang ramai, dan sekarang anak dia sudah faham dan tidak bersedih lagi,” katanya.

    Gemuk yang berbaka Charolais itu sebelum ini telah dinobatkan sebagai King of Sado 2022 dalam Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2022 yang diadakan awal bulan ini. – Bernama

    Ahli jemaah bertungkus lumus menumbangkan lembu sado baka Charolais seberat 1.2 tan bernama ‘Gemuk’ untuk dikorbankan sempena Aidiladha. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...