Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    KKBS adakan kunjungan muhibah ke KUPU SB

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KUPU SB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menerima kunjungan muhibah daripada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Hadir bagi pihak KUPU SB ialah raes institusi berkenaan, Dr Haji Adanan bin Haji Basar serta pegawai-pegawai utama KUPU SB.

    Kunjungan muhibah tersebut adalah bagi membincangkan peluang peningkatan keusahawanan khasnya bagi para alumni KUPU SB yang memiliki asas akademik dan kokurikulum keusahawanan serta dari sudut kesukanan pelajar yang mana semua itu disambut baik oleh pihak KKBS.

    Pada kunjungan tersebut, juga turut membincangkan mengenai usaha dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi serta aktiviti-aktiviti intelektual untuk golongan belia dan juga isu-isu kekeluargaan khasnya dalam usaha meningkatkan kualiti hidup golongan tertentu daripada kitaran kemiskinan.

    Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan kerjasama antara dua pihak dalam mengukuhkan kefahaman nilai Melayu Islam Beraja (MIB) serta mempraktikkan amalan terbaik pendidikan MIB dalam kehidupan belia.

    Oleh yang demikian, perjumpaan berkenaan adalah merupakan salah satu usaha pendekatan senegara di antara KKBS dan KUPU SB.

    KKBS juga mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan lebih aktif daripada KUPU SB dalam menggalakkan keterlibatan pelajar dalam apa jua kegiatan yang dikendalikan oleh KKBS sejajar dengan matlamat KUPU SB.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa membuat kunjungan muhibah ke KUPU SB.
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Dr Haji Adanan serta hadirin semasa sesi bergambar ramai selepas perbincangan muhibah dengan KUPU SB.
    KKBS dan KUPU SB semasa perbincangan muhibah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...