Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Knighton atlet ke-4 terpantas acara 200m

    PARIS, 1 MEI – Pelari sensasi pecut remaja Amerika, Erriyon Knighton menjadi lelaki ke-4 terpantas dalam acara 200m kelmarin apabila dia mencatat masa 19.49 saat pada temasya Baton Rouge, mengatasi rekod dunia bawah umur 20nya sendiri iaitu 19.84 saat dalam proses itu.

    Catatan masa pelari berusia 18 tahun itu mengatasi masa legenda pecut Carl Lewis dan Tommy Smith dan meletakkannya di belakang pemegang rekod dunia, Jamaica Usain Bolt (19.19 saat), seorang lagi pelari Jamaica Yohan Blake (19.26) dan Michael Johnson dari Amerika (19.32).

    Knighton mula menarik perhatian pada tahun lalu apabila berusia hanya 17 tahun, dia layak ke Sukan Olimpik Tokyo dan menduduki tempat ke-4 dalam 200m akhir di belakang pelari Kanada Andre de Grasse.

    Rekod Knighton kelmarin adalah jauh mendahului yang terbaik Bolt sebelum berusia 20 tahun dengan 19.93 saat.

    Knighton akan meletakkan sasarannya pada kejohanan luar dunia di Eugene, Oregon, (15-24 Julai) dengan syarat dia datang ke pusingan kelayakan (23-26 Jun) di tempat yang sama.

    Dalam acara lain kelmarin, Letsile Tebogo dari Botswana mencipta rekod dunia Bawah 20 tahun baharu dalam acara 100m apabila dia mencatat 9.96 saat di Gaborone untuk mengatasi seperseratus saat dari rekod sebelumnya yang dicatatkan Trayvon Brommell dari Amerika Syarikat. – AFP

    Erriyon Knighton dari AS semasa berlari dalam 200m separuh akhir lelaki dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...