Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Kod sumber Twitter bocor

    WASHINGTON, 27 MAC – Sebahagian kod sumber Twitter dikongsi dalam talian secara terbuka selama beberapa bulan, Sputnik memetik laporan The New York Times.

    GitHub, sebuah platform dalam talian untuk pembangun perisian di mana kod itu disiarkan, menurunkan kod itu pada Jumaat atas permintaan Twitter.

    Sumber memberitahu akhbar itu bahawa individu yang bertanggungjawab terhadap kebocoran kod itu telah meninggalkan Twitter tahun lepas.

    Twitter meminta Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Utara California memerintahkan GitHub mengenal pasti individu yang berkongsi kod itu, serta mereka yang telah memuat turunnya.

    Menurut The New York Times, kod sumber, iaitu kod asas komputer yang digunakan Twitter mengandungi maklumat yang mendedahkan kelemahan keselamatan tertentu hingga membolehkan penggodam menyerang, mengekstrak data pengguna, atau menutup laman berkenaan. – Bernama

    Beberapa bahagian kod sumber Twitter, kod komputer asas di mana rangkaian sosial itu beroperasi, telah dibocorkan dalam talian, kata syarikat media sosial itu dalam pemfailan undang-undang pada 26 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...