Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Koleksi anggun berkonsepkan marmar

    MILAN – Fesyen berkonsepkan binatang merupakan ciri utama jenama fesyen Itali, Roberto Cavalli, tetapi minggu ini, pereka Fausto Puglisi menukar konsep tersebut kepada mineral.

    Puglisi mengalihkan tumpuannya kepada marmar untuk koleksi baharunya di Minggu Fesyen Milan, sentuhan baharu untuk jenama mewah yang terkenal dengan gaya yang menonjol dan menarik perhatian.

    Fesyen dengan corak harimau bintang, cheetah, kuda belang dan ular sawa telah lama lenyap. Puglisi sebaliknya mengubah corak rumit itu kepada konsep marmar dalam warna kelabu, kuning air dan putih yang menarik, malah hijau, kuning mustard dan ungu delima.

    “Saya sangat bosan dengan corak binatang,” kata pengarah kreatif di belakang pentas selepas persembahan.

    “Kuda belang adalah 20 tahun lalu.”

    Para model memperagakan koleksi Cavali yang diberi sentuhan baharu Puglisi semasa pertunjukan feysen koleksi wanita Musim Gugur/ Sejuk 2024-2025 di Milan. – AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP

    Sekiranya kulit binatang itu tidak lagi ditampillkan Cavalli, ia muncul semula baru-baru ini di Blumarine, di mana pereka baharu bernama Walter Chiapponi membuka tirai pertunjukannya dengan kot harimau bintang yang sangat glamor (tiruan) dan memilih seluar ketat harimau bintang sebagai aksesori pilihannya.

    Lebih 50 jenis jenama memperagakan koleksi wanita Musim Gugur/Sejuk 2024-2025 di Milan minggu ini, dihadiri lebih 100,000 pembeli fesyen, media dan wakil jenama.

    Sama ada pada jaket bersaiz besar, pakaian ketat dan pendek , kot trenc atau mini, pilihan Puglisi untuk melambangkan marmar merupakan penampilan yang menyegarkan untuk jenama itu, tidak mencolok mata bahkan memberikan sentuhan keanggunan.

    Puglisi berkata dia mendapat inspirasi daripada koleksi marmar antik peribadinya.

    “Saya sukakannya sampai bila-bila,” kata pereka Sicily mengenai marmar berwarna-warni yang dilihat di seluruh Itali, sama ada di vila Pompeii atau gereja Baroque di Rom.

    Papan inspirasi di belakang pentas termasuk gambar Basilika St. Peter di Rom dan Hagia Sophia di Istanbul, di mana kedua-duanya terkenal dalam penggunaan marmar purba yang banyak.

    Puglisi berkata pada mulanya dia bimbang marmar itu akan memberikan rasa sejuk kepada pakaian itu. Namun demikian dia terbukti salah.

    “Marmar sangat sejuk, tetapi ini panas,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...