Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Korea S lulus Pfizer untuk budak berusia 5 hingga 11 tahun

    SEOUL, KOREA SELATAN, 23 FEB – Para pegawai kesihatan Korea Selatan hari ini meluluskan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, melanjutkan program imunisasi negara itu ekoran penularan Omicron yang membebankan hospital dan mencetuskan banyak kematian.

    Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan kes baharu cecah rekod sebanyak 171,452 hari ini, hampir 40 kali ganda daripada tahap pertengahan Januari ketika Omicron mula muncul sebagai strain dominan negara itu.

    Sebanyak 99 kematian baharu adalah jumlah kematian tertinggi sejak 31 Disember semasa negara itu bergelut dengan kemuncak varian Delta yang menjejaskan sistem hospital.

    Lebih 500 pesakit virus itu kini dalam keadaan serius atau kritikal, meningkat dari sekitar 200 pada pertengahan Februari.

    Dalam pengumuman yang lama dinantikan, Kementerian Keselamatan Ubat-ubatan dan Makanan telah meluluskan vaksin Pfizer sebagai suntikan pertama negara itu ke atas kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

    KDCA berkata ia akan mengumumkan rancangan pemberian vaksin bagi kumpulan umur ini pada Mac.

    Suntikan Pfizer sudah digunakan ke atas kanak-kanak usia 5 hingga 11 tahun di lebih 60 buah negara termasuk AS dan Kesatuan Eropah, kata MDFS dalam siaran akhbar.

    Vaksin itu akan membantu melindungi kanak-kanak daripada jangkitan atau penyakit serius di tengah-tengah kebangkitan Omicron yang pantas menular di Korea Selatan, tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...