Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Korea Utara disyaki tembak pelancar roket

    SEOUL, 10 JULAI – Korea Utara melepaskan tembakan yang kelihatannya seperti pelancar roket berganda hari ini, kata Seoul, dalam siri terbaharu provokasi daripada negara bersenjata nuklear untuk meningkatkan ketegangan di rantau itu.

    Tentera Korea Selatan mengesan ‘trajektori penerbangan’ yang disyaki tembakan dari artileri Korea Utara, kata Ketua Turus Tentera Bersama Seoul.

    “Tentera kami mengesan pelancaran roket berganda Korea Utara dari sekitar jam 18:21 hingga 18:27 petang hari ini,” kata Ketua Turus Tentera Bersama dalam mesej teks kepada wartawan.

    “Tentera kami telah memperkukuhkan pengawasan dan kewaspadaan dan mengekalkan kedudukan kesiapsediaan sambil memantau kerjasama AS-Korea Selatan,” tambahnya, tanpa butiran lanjut.

    Pihak berkuasa Seoul tidak mengongsikan berapa banyak trajektori telah dikesan keseluruhannya.

    Pejabat Keselamatan Negara presiden telah mengadakan mesyuarat berhubung penembakan Korea Utara itu, dan berkata ia ‘memantau rapat’ situasi itu jika berlaku lagi pelancaran daripada Pyongyang. – AFP

    Gambar bertarikh 29 Mac 2020 dari KCNA menunjukkan pelancar roket di lokasi di Korea Utara. – KCNA/AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...