Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Kumpulan etnik: Serangan udara Myanmar bunuh 60 semasa perayaan

    BANGKOK, 24 OKT – Serangan udara dilakukan tentera Myanmar telah meragut lebih 60 nyawa, termasuk penyanyi dan pemuzik, pada sambutan ulang tahun pertubuhan politik utama etnik minoriti Kachin, menurut ahli kumpulan itu serta anggota penyelamat, hari ini.

    Serangan itu dilaporkan berlaku tiga hari sebelum menteri-menteri luar Asia Tenggara dijadualkan menghadiri mesyuarat khas di Indonesia untuk membincangkan isu keganasan yang semakin meluas di Myanmar.

    Jumlah korban pada majlis sambutan diadakan oleh Pertubuhan Kemerdekaan Kachin (KIO) di negeri Kachin itu dikatakan yang tertinggi dalam satu serangan udara, sejak tentera merampas kuasa daripada pentadbiran Aung San Suu Kyi pada Februari tahun lalu.

    Namun, butiran kejadian itu tidak dapat disahkan secara bebas, di samping tiada komen daripada pihak tentera atau media kerajaan, setakat ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...