Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Dituduh mandul, Dewi Perssik bakal buat laporan polis

    Penyanyi Dewi Perssik bakal mengambil tindakan undang-undang berhubungan dakwaan beberapa pengguna akaun media sosial yang menuduh dirinya sebagai seorang wanita mandul.

    Menurut Dewi atau mesra disapa Depe, dia sudah menyimpan beberapa akaun media sosial yang membuat kenyataan sebegitu sebagai bukti atas laporan yang dibuat nanti.

    “Saya sudah simpan beberapa akaun yang mengatakan saya mandul. Perlulah ada bukti kukuh dari doktor kalau mahu katakan saya mandul.

    “Saya pernah mengalami keguguran bersama suami pertama, tetapi hal tersebut tidak boleh diceritakan kerana hubungan kami sudah baik sekarang,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

    Untuk rekod Depe pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Saipul Jamil pada 2005 namun bercerai selepas tiga tahun bersama.

    Depe kongsi pengalaman pernah jadi mangsa dera suami. – Agensi

    Dia kemudian berkahwin pula dengan pelakon Adliansyah Taher pada Julai tahun 2008 dan hubungan mereka hanya bertahan selama setahun.

    Selepas itu, Depe berkahwin pula dengan Angga Wijaya pada September 2017 dan sah berpisah pada Ogos lalu.

    Sementara itu nama Depe menjadi sebutan hangat kebelakangan ini selepas dia berani membuat kenyataan berhubungan masalah rumah tangga yang berlaku antara Lesti Kejora dan Rizky Billar.

    Mengakui pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Depe berpendapat tidak mungkin Rizky boleh berubah menjadi seorang suami yang baik selepas Lesti memaafkannya.

    “Saya pernah melalui pengalaman itu lebih daripada 10 kali.

    “Sebab itu saya lantang bercakap tentang isu keganasan rumah tangga. Saya tahu bagaimana seorang itu merasa trauma,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...