Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lebih 1,000 dibunuh di barat laut Nigeria

    LAGOS, 2 FEB – Seramai 1,192 orang dibunuh dan 3,348 individu diculik dalam serangan berterusan oleh kumpulan bersenjata yang mengamuk di negeri Kaduna, barat laut Nigeria pada 2021, menurut data rasmi yang dikeluarkan kelmarin.

    Menurut laporan keselamatan 2021, kerajaan Kaduna turut mengesahkan bahawa 891 orang mengalami kecederaan pelbagai tahap, manakala 45 mangsa, termasuk 29 kanak-kanak bawah umur, telah dirogol dalam tempoh itu, lapor Xinhua.

    Pesuruhjaya keselamatan dan hal ehwal dalam negeri, Samuel Aruwan berkata laporan itu merangkumi pelbagai bentuk serangan, termasuk samun, serangan balas, penculikan, dan kecurian lembu di negeri itu.

    Aruwan menambah beberapa pembekal senjata berjaya ditahan dengan senjata dan peluru turut dirampas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...