Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lelaki AS ditahan, mayat teman wanita dalam tong dram

    MANILA, 10 MEI – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) berusia 71 tahun ditahan selepas mayat teman wanitanya warga Filipina ditemui dalam tong dram di rumah pasangan itu dekat ibu negara Filipina, kata polis hari ini.

    Polis di bandar Bacoor memberitahu AFP bahawa mereka menahan lelaki itu kelmarin selepas menemui mayat wanita berusia 48 tahun itu dalam tong dram biru yang dibungkus dengan beg sampah dan pita pelekat di sebuah rumah di luar Manila.

    Polis mengunjungi kediaman pasangan itu beberapa jam selepas anak lelaki mangsa melaporkan ibunya hilang sejak empat hari lalu selain memberitahu pihak berkuasa bahawa dia terhidu bau busuk di sana, menurut laporan polis.

    Polis turut menemui tiga bilah pisau serta seutas tali dan lelaki itu ditahan kerana disyaki membunuh, katanya.

    “Kami sedia maklum mengenai kes ini. Disebabkan pertimbangan Akta Kerahsiaan Peribadi AS, kami tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut,” kata jurucakap Kedutaan AS di Manila kepada AFP.

    Polis berkata bedah siasat akan dilakukan untuk memastikan punca kematian wanita itu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...