Wednesday, May 1, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lelaki hidup di bawah air selama 100 hari

    FLORIDA, 23 MAC – Seorang profesor Universiti Florida merancang untuk menghabiskan 100 hari pada kedalaman 30 kaki di bawah permukaan laut, di sebuah pondok bawah air, sebagai eksperimen saintifik untuk mengkaji bagaimana tekanan secara berterusan mempengaruhi tubuh dan fikirannya.

    Menurut laporan Odddity Central, rekod dunia terkini dicatat oleh dua ahli biologi Tennessee yang menjalani kajian serupa di bawah permukaan air selama 73 hari pada tahun 2014, tetapi jika profesor dari Universiti South Florida, Joseph Dituri mencapai matlamat yang ditetapkan, beliau akan memecahkan rekod itu selama 27 hari lagi.

    Pada awal bulan ini, Dituri, yang juga dikenali sebagai ‘Dr. Deepsea’, berpindah ke Jules Undersea Lodge di Key Largo, sebuah hotel bawah laut 30 kaki di bawah permukaan, di mana beliau merancang untuk tinggal sehingga 9 Jun.

    Sepanjang masa ini, beliau dan pasukan doktor dan saintis akan menjalankan serangkaian ujian untuk melihat bagaimana hidup di bawah air untuk tempoh yang lama mempengaruhi tubuh dan pikiran manusia.

    “Kajian ini akan mengkaji setiap cara kondisi ini mempengaruhi tubuh saya, tetapi hipotesis saya menjangkakan akan terdapat peningkatan kesihatan saya disebabkan oleh peningkatan tekanan.”

    Dituri mendasarkan hipotesisnya pada hasil kajian di mana sel yang terdedah kepada tekanan yang lebih tinggi berkembang dua kali ganda dalam masa lima hari. Beliau dan yang lain di Universiti South Florida kini percaya bahawa peningkatan tekanan boleh meningkatkan jangka hayatnya dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. – Agensi

    Profesor Florida Joseph Dituri, seorang jurutera bioperubatan, menghabiskan 100 hari tinggal di bawah permukaan air. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...