Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lelaki miliki vape jenis THC didakwa

    ANOKA, MINNESOTA, 11 JAN – Juri telah mensabitkan kesalahan seorang lelaki Minnesota yang dituduh memiliki secara haram hampir 77,000 kartrij vaping yang mengandungi tahap berbahaya THC.

    Valentin Andonii, 25, didapati bersalah pada Jumaat lalu atas dua pertuduhan jenayah bahan terkawal tahap pertama dan satu pertuduhan ganja dan cukai bahan terkawal. Pertuduhan terakhir menyatakan bahawa Andonii berhutang lebih daripada AS$3 juta dalam cukai negeri.

    Pihak berkuasa berkata kartrij itu dipercayai datang dari luar negeri untuk diedarkan di Minnesota. ia didatangkan dalam pakej yang memaparkan watak kartun terkenal atau tema perisa manis, menunjukkan bahawa operasi itu menyasarkan pengguna yang lebih muda, lapor Star Tribune.

    THC adalah komponen ganja yang boleh membuatkan penggunanya khayal.

    Peguam bela, Michael Brandt berkata beliau akan meminta hakim Melissa Saterbak menjatuhkan hukuman percubaan kepada Andonii.

    “Salah satu perkara yang saya pertikaikan dalam kes ini ialah apabila dia selesai dengan hukumannya, benda tersebut mungkin akan dibenarkan di Minnesota,” kata Brandt. “Ini adalah sebahagian daripada kekecewaan kami di sini.”

    Hukuman dijadualkan pada 25 Mac. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...