Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lengkapkan ahli kadet dengan kemahiran pertolongan cemas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Seramai 55 orang ahli Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah dari 11 buah sekolah menengah kerajaan telah mengambil bahagian dalam Kursus Asas Pertolongan Cemas bagi ahli-ahli Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah, Sekolah-sekolah Menengah Negara Brunei Darussalam yang berlangsung selama tiga hari hingga kelmarin.

    Para peserta telah menerima sijil penyertaan dalam majlis penutup yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3), Kementerian Pendidikan, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Pemangku Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais.

    Kursus yang dikendalikan oleh Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam itu bermatlamat untuk memberikan pengiktirafan dan pendedahan kepada ahli-ahli Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah sekolah sebagai sukarelawan dalam mengendalikan pertolongan awal kecemasan.

    Ia juga dihasratkan untuk mempersiapkan para ahli kadet dengan kemahiran khusus pertolongan awal kecemasan bagi memberikan bantuan awal kepada mereka yang memerlukan.

    Awang Mohammad Norilham menyempurnakan penyampaian sijil kepada ahli-ahli salah satu Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah yang menyertai Kursus Asas Pertolongan Cemas, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...