Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Liverpool tidak akan buat pembelian panik

    LIVERPOOL, 12 OGOS – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak membayangkan The Reds akan membuat sebarang pembelian untuk memperkuat bahagian tengah pasukan sebelum jendela perpindahan musim panas berakhir meskipun kecederaan hamstring yang menimpa Thiago Alcantara.

    Pemain kebangsaan Sepanyol itu dijangka akan diketepikan selama empat hingga enam minggu, membuatkan Liverpool mempunyai pilihan terhad di bahagian tengah dengan Alex Oxlade–Chamberlain dan Curtis Jones turut mengalami kecederaan.

    Bahagian tengah dianggap sebagai kawasan paling lemah dalam skuad Liverpool, yang musim lalu terlepas dua trofi daripada memenangi empat gelaran. Tetapi Klopp berkata kelab pasti akan membuat pembelian sekiranya difikirkan perlu.

    “Saya gembira dengan kekuatan, saiz dan kualiti skuad saya. Kami mempunyai beberapa orang pemain yang cedera. Persoalannya kini adalah berapa lama mereka akan diketepikan dan terdapat penyelesaian berbeza,” Klopp berkata hari ini semasa sidang media pra perlawanan menjelang pertemuan menentang Crystal Palace Isnin ini.

    “Salah satu daripadanya ialah pasaran perpindahan tetapi ia hanya munasabah sekiranya kita boleh membawa pemain yang tepat, bukan sekadar membawa masuk pemain.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...