Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Majlis berbuka puasa ingati Hari Mujibnagar

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam, hari ini, menganjurkan majlis buka puasa untuk kor diplomatik, kementerian, dan orang-orang berkepenti-ngan, sebagai salah satu acara menandakan Hari Mujibnagar yang bersejarah di Hotel Brunei.

    Antara yang hadir pada majlis itu ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, Dayang Khairunnissa binti Haji Ash’ari, duta-duta dan pesuruhjaya tinggi dari India, Kemboja, Perancis, United Kingdom, Turki, Myanmar, Indonesia, Laos, Iran, Vietnam, Malaysia dan Persekutuan Rusia.

    Turut hadir ialah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Brunei, profesor universiti, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.

    Sebelum berbuka, tetamu menyaksikan dokumentari mengenai Hari Mujibnagar yang menekankan kepentingan sejarah pembentukan istiadat kerajaan sementara Bangladesh di kampung kecil yang dilitupi hutan mangga di Baidyanathtala, kini di bawah daerah Meherpur.

    Pesuruhjaya Tinggi Bangla-desh ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona dalam ucapannya telah menekankan keunikan kepimpinan Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dalam mempersiapkan Negara bagi peperangan mencapai kemerdekaan.

    PYT Nahida Rahman Shumona ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...