Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Persediaan sukan Para ASEAN mengikut jadual

    KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Persediaan untuk Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di Solo berada di landasan yang betul selepas tuan rumah Indonesia meningkatkan usaha walaupun tarikhnya kini ditunda seminggu iaitu dari 30 Julai hingga 6 Ogos.

    Sebelum ini, temasya berkenaan dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 30 Julai.

    Tarikh baharu itu juga akan bertembung dengan Sukan Komanwel 2022 dengan Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam akan menyertai Sukan Birmingham yang dijadualkan pada 28 Julai hingga 8 Ogos.

    Di Sukan Komanwel, acara sukan para disertakan bersama sukan lain. Olahraga, bola keranjang kerusi roda 3×3, berbasikal trek, powerlifting, boling padang, renang dan pingpong adalah antara sukan para yang dipertandingkan di Birmingham 2022.

    Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF), selepas mesyuarat maya antara sekretariatnya yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Kol Senior Wandee Tosuwan, dengan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) Indonesia semalam, memaklumkan penganjur APG sedang berlumba dengan masa bagi memastikan kelancaran temasya itu dengan berbaki hampir 100 hari lagi.

    Perkara yang dibincangkan pada mesyuarat itu termasuk mengenai sukan, bidang teknikal, klasifikasi, langkah antidoping, teknologi maklumat (IT) dan pengurusan perlawanan, rancangan media dan penyiaran, pemasaran, perundangan, protokol dan upacara, akreditasi, perkhidmatan NPC, pengangkutan dan pentadbiran permainan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...