Friday, May 10, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara

    Gambar fail

     

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan orang ramai bahawa Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah akan ditutup bermula 22 April.

              Menurut kenyataan yang diberikan, penutupan sementara berkenaan bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan lantai arena sukan sehingga 21 Ogos (tertakluk pada kerja-kerja selesai dijalankan).

              Di samping itu, JBS turut memaklumkan bahawa Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah juga ditutup sementara bagi memberi laluan pembaikan lantai arena sukan bermula 22 Mac hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun cadang perluas penangkapan ikan paus komersial kepada ikan paus sirip

    TOKYO, 10 MEI - Agensi Perikanan Jepun telah mencadangkan memperluaskan penangkapan ikan paus komersil di sepanjang pantai negara kepada ikan paus sirip, spesies yang...