Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Maklumkan jika timbul kesulitan pengasingan di rumah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Orang ramai yang dijangkiti COVID-19 namun mengalami tahap ringan iaitu tahap 1 dan 2 dibenarkan menjalani tempoh pengasingan di kediaman masing-masing setakat ini.

    Walau bagaimanapun, jika mereka menghadapi kesulitan dari segi ruang bilik bagi menjalani sesi pengasingan terutamanya untuk ahli keluarga yang ramai dan kekurangan bilik bersesuaian, maka mereka diminta memaklumkan permasalahan tersebut kepada petugas Kementerian Kesihatan bagi dipindahkan ke pusat kuarantin yang telah disediakan kerajaan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara itu ketika menjawab persoalan dibangkitkan pengamal media pada sidang media berkala COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, ia adalah salah satu prosedur pengemaskinian pengurusan kes-kes positif di negara ini yang didedahkannya pada awal sidang itu.

    “Hal tersebut menjadi satu pengecualian bagi mereka. Oleh itu, keadaan rumah akan menentukan seseorang itu dibenarkan membuat pengasingan di rumah sendiri atau perlu dilakukannya di pusat yang dikhaskan oleh pihak kerajaan,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...