Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Malaysia mahu teroka kerjasama dengan ADB

    LABUAN BAJO, INDONESIA, 11 MEI – Malaysia berharap dapat meneroka kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam bidang tenaga dan perubahan iklim, terutama pembinaan keupayaan dan bantuan teknikal serta ekonomi hijau.

    Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Presiden ADB, Masatsugu Asakawa di luar program Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 hari ini. Menurut Anwar, pertemuan itu turut membincangkan kerangka perjanjian kerjasama yang melibatkan sektor swasta dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Asakawa pula menyatakan sokongan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara bebas karbon menjelang 2050 dan menyatakan ADB akan menerbitkan laporan pelan tindakan mengenai perubahan iklim yang boleh Malaysia teroka peluang kerjasama.

    Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan ADB dalam bidang bandar hijau, serta pembiayaan mampan dan hijau bagi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia.

    ADB juga berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan Malaysia melalui Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA). Asakawa turut merakamkan penghargaan ke atas sumbangan Malaysia kepada Dana ADB selama ini. – Bernama

    (Dari kiri) Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto, Masatsugu Asakawa, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Indonesia Joko Widodo, Menteri Kewangan Thailand Arkhom Termpittayapaisith, Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn dan Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli menyertai IMT-GT sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...