Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Mangsa banjir Afrika S bergelut minta bantuan

    DURBAN, AFRIKA SELATAN, 14 APRIL – Mangsa-mangsa dari ribut paling maut Afrika Selatan bergelut untuk meminta bantuan hari ini, ketika jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda tenggara negara itu telah meningkat lebih 300.

    Kira-kira 306 orang terkorban sejak hujan lebat dalam masa enam dekad menghanyutkan rumah dan memusnahkan infrastruktur di bandar Durban dan wilayah KwaZulu-Natal.

    Kerajaan itu telah mengumumkan bencana negara di rantau itu dan berjanji memberi bantuan kepada mereka yang terjejas.

    Presiden Cyril Ramaphosa, dalam satu lawatan ke kawasan itu kelmarin, menggambarkan banjir itu sebagai ‘malapetaka….bencana skala besar’.

    Ribuan orang kehilangan rumah, manakala jalan raya dan jambatan dihanyutkan dengan kira-kira 248 buah sekolah musnah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...