Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Johor menurun

KUALA LUMPUR, 1 FEB – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan peningkatan, manakala di Johor berkurangan setakat petang ini.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir pada petang ini meningkat dengan 627 orang daripada 188 keluarga dipindahkan ke 13 PPS di tiga daerah, berbanding 599 orang daripada 183 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Telupid mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 454 orang daripada 130 keluarga, diikuti Paitan 128 orang daripada 46 keluarga serta Lahad Datu melibatkan 45 orang daripada 12 keluarga.

Menurut kenyataan itu mangsa banjir di Telupid dan Paitan dijangka terus meningkat, manakala Lahad Datu kekal. – Bernama

Gambar fail bertarikh 26 Januari menunjukkan Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat warga emas Saybat Mukden, 85, untuk dipindahkan selepas rumahnya dinaiki air di Kampung Rancangan Cocos, Pamol. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -