Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Manuel, pemain import terakhir TFC

    KUALA TERENGGANU, 2 JAN – Terengganu FC (TFC) Sdn Bhd mengikat pemain kacukan Filipina-Jerman, Manuel Gelito Ott sekali gus melengkapkan kuota lapan pemain importnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

    Ketua Pegawai Eksekutif TFC Ab. Rasid Jusoh berkata pemain berusia 29 tahun yang dilahirkan di Munich, Jerman itu dipilih bagi mengisi kuota Asean menggantikan Carli De Murga, yang tidak disambung kontrak.

    “Manuel Ott telah mempamerkan prestasi cemerlang ketika bersama Melaka United.

    “Beliau telah beraksi dalam hampir kesemua perlawanan ketika bersama skuad Hang Tuah musim lalu dan antara watak penting yang membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Selain Ott, tonggak import skuad Penyu turut dibarisi oleh Argzim Redzovic, Kipre Tchetche, Kpah Sherman, Jordan Mintah, Pape Diakite, Luke Woodland dan Habib Haroon.

    Sebelum menyertai Melaka United dan skuad Penyu, Ott yang juga pemain kebangsaan Filipina pernah bermain di Liga Thailand dengan menyarung jersi kelab Ratchaburi Mitr Phol FC.

    Sementara itu, Ott berkata beliau memilih berhijrah ke Terengganu kerana tertarik dengan corak permainan yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

    Selain itu, beliau teruja untuk bergandingan dengan barisan pemain import baharu skuad Penyu yang berkualiti dan memiliki reputasi baik di Liga M. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...