Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Mbappe ketuai era baharu Perancis

    PARIS, 23 MAC – Tiga bulan selepas kekalahan menyakitkan mereka di final Piala Dunia di Qatar, Perancis memulakan era baharu dengan beberapa pemain veteran telah bersara dan Kylian Mbappe (gambar-AP) mengambil alih tugas sebagai kapten untuk kempen kelayakan Euro 2024 mereka.

    Di luar padang, beberapa siri skandal menjatuhkan presiden veteran Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet tetapi tidak sebelum dia bersetuju dengan perjanjian untuk jurula-tih Didier Deschamps kekal dalam tugasnya sehingga 2026.

    Tidak semua orang di Perancis bersetuju dengan keputusan untuk melanjutkan tempoh penguasaan jurulatih yang telah berkhidmat sejak 2012, lebih-lebih lagi Zinedine Zidane dilihat sebagai pengganti yang ideal.

    Di atas padang, nama terbesar yang perlu diketepikan ialah penjaga gol, Hugo Lloris, yang bersara daripada tugas antarabangsa pada usia 36 tahun dan selepas lebih sedekad sebagai kapten.

    Penjaga gol Tottenham itu menjadi pemain Perancis yang paling banyak bermain semasa Piala Dunia dan pemergiannya meninggalkan Deschamps memerlukan penjaga gol serta kapten baharu.

    Dengan penjaga gol simpanan jangka panjang, Steve Mandanda juga telah bersara, Mike Maignan dari AC Milan akan mengambil alih posisi penjaga gol apabila Perancis menyambut kedatangan Belanda ke Stade de France pada Jumaat untuk kelayakan pembukaan mereka.

    Tidak pernah ada keraguan mengenainya, tetapi terdapat sedikit keraguan tentang siapa yang akan menjadi kapten, dengan Antoine Griezmann menjadi pesaing.

    Namun adalah mustahil untuk mengabaikan Mbappe, yang menunjukkan dirinya sebagai pemimpin dengan jaringan hatrik yang menakjubkan pada perlawanan akhir Piala Dunia. Pada usia 24 tahun, penyerang Paris Saint-Germain itu secara realistik boleh memimpin pasukan selama sedekad. – AFP

    Reaksi Kylian Mbappe pada akhir perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis di Parc des Princes di Paris. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...