Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Lelaki didakwa atas tuduhan serangan dekat masjid

    LONDON, 23 MAC – Polis Britain mendakwa seorang lelaki berusia 28 tahun dengan dua pertuduhan cubaan membunuh dengan membakar dua orang lelaki berhampiran masjid.

    Pasukan Polis West Midlands berkata Mohammed Abbkr didakwa atas serangan di London dan Birmingham, tengah England.

    Abbkr, yang berasal dari Birmingham, akan hadir di mahkamah hari ini.

    Abbkr didakwa menyembur bahan mudah terbakar pada dua lelaki dan membakarnya dalam kejadian berasingan, satu berhampiran pusat Islam di kawasan Ealing di barat London pada 27 Februari dan satu lagi berhampiran masjid di Birmingham pada Isnin.

    Mangsa Birmingham, Mohammed Rayaz, 70, masih berada di hospital dengan kecederaan parah. Lelaki berusia 82 tahun yang diserang di Ealing mengalami melecur teruk di muka dan lengannya.

    Pegawai antikeganasan memban-tu dalam penyiasatan itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...