Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Medvedev juara ATP di Los Cabos

    LOS CABOS, MEXICO, 7 OGOS – Pemain ranking teratas dunia, Daniil Medvedev, berjaya memenangi gelaran ATP pertama bagi tahun 2022 selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Cameron Norrie dengan keputusan 7-5, 6-0 dalam pertemuan peringkat akhir di gelanggang keras di Los Cabos, Mexico.

    Ini merupakan trofi pertamanya sejak memenangi Terbuka AS tahun lalu, selepas menggagalkan usaha Novak Djokovic memenangi Grand Slam dan kini Medvedev meneruskan rentak untuk mempertahankan kejuaraan Grand Slam 2022. Medvedev dijangka akan mempertahankan gelaran di Terbuka Kanada sebelum berentap di Cincinnati Masters.

    Norrie berusaha sedaya upaya pada pusingan pembukaan, namun Medvedev berjaya mendahului 6-5 dan sebaik sahaja dia menemui rentak di pusingan pembukaan, Medvedev semakin sukar dikalahkan.

    “Ia tidak mudah,” kata Medvedev semasa temu bual.

    “Cameron adalah seorang pemain yang hebat, jadi perlawanan sangat sengit,” tambahnya.

    “Apabila awda bermain menentangnya, awda pasti mengetahui awda perlu berjuang untuk mendapatkan setiap mata.”

    Semasa perlawanan seterusnya Medvedev memerlukan rawatan.

    “Saya tidak bermain dengan teruk semasa keputusan 5-4,” kata Medvedev. “Saya tahu saya perlu terus bermain. Kecederaan itu sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa cemas.”

    Medvedev bermain dalam kejohanan pertama sejak tersingkir di peringkat suku akhir di Mallorca pada Jun lalu. – AFP

    Daniil Medvedev menjulang trofi selepas berjaya menundukkan juara bertahan, Norrie Cameron di Los Cabos, Mexico, baru-baru ini. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba punca ratusan ribu ikan mati

    DONG NAI, 2 MEI - Beratus ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan oleh gelombang panas dan pengurusan...