Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Musk tuduh Twitter menipu

    SAN FRANCISCO, 7 OGOS – Elon Musk menuduh Twitter melakukan penipuan, dengan mendakwa platform media sosial itu mengelirukan beliau berhubung aspek utama perniagaannya sebelum beliau bersetuju dengan pembelian bernilai AS$44 bilion itu.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu membuat dakwaan berkenaan ketika melawan tuntutan Twitter yang mahu memaksa beliau memuktamadkan perjanjian itu, yang cuba dibatalkannya.

    Dalam pemfailan kepada mahkamah Delaware, Musk berhujah mengatakan jumlah sebenar pengguna yang membuat pengiklanan di platform itu adalah kira-kira AS$65 juta, lebih rendah daripada angka AS$238 juta yang didakwa oleh firma itu.

    “Pendedahan Twitter perlahan-lahan terbongkar, dengan Twitter secara panik menutup pintu maklumat dalam usaha terdesaknya untuk menghalang pihak Musk daripada mendedahkan penipuannya,” menurut dakwaan itu.

    Musk meminta mahkamah membebaskan beliau daripada perjanjian itu dan menuntut Twitter membayarnya sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan dalam perbicaraan, yang akan bermula 17 Oktober depan.

    Berbilion dolar dipertaruhkan, begitu juga masa depan Twitter, yang mana Musk sebelum ini mengatakan platform itu harus membenarkan sebarang ucapan, pendirian yang mencetuskan kebimbangan rangkaian itu boleh digunakan untuk menghasut keganasan.

    Menurut Musk, beliau, pengasas bilionair bagi beberapa syarikat, yang mendapat nasihat daripada jurubank dan peguam Wall Street, ditipu oleh Twitter untuk menandatangani perjanjian penggabungan bernilai AS$44 bilion,” kata Twitter.

    Musk memfailkan saman balas minggu lalu, yang akhirnya didedahkan kelmarin. Usahawan itu menuduh Twitter bukan saja menipunya, malah berbohong kepada pengawal selia mengenai pasaran Amerika Syarikat. – AFP

    Gambar ilustrasi diambil pada 5 Ogos 2022 menunjukkan telefon bimbit memaparkan gambar Elon Musk diletakkan di monitor komputer dipenuhi dengan logo Twitter di Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...