Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    MPK Jerudong B hulur catuan makanan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B, tidak ketinggalan untuk memainkan peranan dalam membantu menangani penularan COVID di negara ini dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan bagi penduduk kampung yang menjalani pengasingan diri akibat terkena jangkitan COVID.

    Misi keempat berkenaan telah memberi bantuan berupa catuan makanan kering kepada tujuh buah keluarga di kampung berkenaan.

    Kempen pengagihan bantuan berkenaan diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang.

    Sejak gelombang ketiga penularan COVID di negara ini, MPK Jerudong B telah mengambil inisiatif memberi bantuan barangan keperluan asasi bagi ahli-ahli dan keluarga mereka yang menjalani pengasingan diri di rumah masing-masing.

    Inisiatif itu akan terus dijalankan untuk membantu mereka yang memerlukan serta bertujuan akan dapat meringankan lagi bebanan mereka sepanjang menjalani pengasingan diri di rumah masing-masing.

    Awang Kamis mengetuai pengagihan makanan ke rumah-rumah penduduk kampung.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...