Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Muslimah Masjid Pekan Seria juara pertandingan bacaan Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 20 JULAI – Kumpulan Muslimah dari Masjid Pekan Seria muncul juara dalam Pertandingan Membaca Al-Quran Berserta Tadabbur bagi Muslimah Masjid Seluruh Negara Peringkat Daerah Belait bagi Tahun 1443H/2022M yang diadakan di masjid berkenaan, pagi tadi.

    Pertandingan berkenaan merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Zainab, Lumut, Daerah Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti bin Haji Hussin.

    Antara tujuan pertandingan adalah untuk memberi pendedahan kepada para Muslimah agar berani tampil di khalayak ramai dalam menyampaikan bacaan Al-Quran dan mentadabbur bacaan sekali gus memberi peluang kepada Muslimah mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dalam menyampaikan tilawah Al-Quran dan tadabburnya.

    Di samping itu, pertandingan juga mendidik para Muslimah untuk menghayati kandungan yang terdapat dalam Al-Quran dan mengambil pengajaran daripadanya.

    Pertandingan juga dihasratkan dapat menyuntik semangat dalam jiwa Muslimah untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat, nasihat dan teguran secara berhemah demi kebaikan dan manfaat kepada keluarga, teman dan masyarakat umumnya melalui kandungan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Lima kumpulan telah menyertai pertandingan berkenaan yang terdiri daripada kumpulan dari Masjid Kampung Sungai Liang, Masjid Kampung Labi, Masjid Pekan Seria, Masjid Zainab dan Masjid Mohammad Jamalul Alam.

    Pertandingan seumpamanya akan dilaratkan ke daerah-daerah lain bagi pemilihan peserta ke peringkat akhir mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Dayang Noraini Yanti menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis yang diadakan di Masjid Pekan Seria kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...