Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Neurogine Group: Aplikasi AI bakal kuasai industri kewangan

    LABUAN, 8 SEPT – Neurogine Group menjangka industri kewangan bakal menyaksikan lebih banyak penerapan kecerdasan buatan (AI) serta pembelajaran mesin, lebih-lebih lagi dengan evolusi perkhidmatan kewangan yang kini mula berkembang dengan teknologi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Neurogine Group, Owen Chen berkata Neurogine telah pun berpindah daripada era penerokaan memasuki peringkat penggunaan serta pelaksanaan, dengan algoritma kompleks telah dikodkan bagi membantu memahami set data dan corak setempat yang lebih besar.

    “Kami perlu membuat automasi untuk menampung jumlah transaksi kewangan, yang masih meningkat secara eksponen.” Peningkatan transaksi seperti ini juga memberi peluang kepada jenayah kewangan untuk berkembang,” katanya pada hari kedua Persidangan Antarabangsa Persatuan Kewangan Malaysia ke-24 2022 di Dorsett Grand Hotel hari ini.

    Katanya, Neurogine Group komited dalam mengambil langkah bagi membangun serta menggunakan AI untuk mengenal pasti corak yang ditandai sebagai aktiviti yang mencurigakan.

    “Ini termasuk corak transaksi yang mungkin dikaitkan dengan pemerdagangan manusia, pengedaran Chen berkata sistem yang diselitkan dengan AI mesti mampu melakukan analisis pautan, menandakan serta mencadangkan tindakan selepas mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan dan mengumpul data daripada laman web, rangkaian sosial dan lain-lain.

    “Sistem ini boleh diajar untuk mengenal pasti topologi operasi termasuk tingkah laku baharu yang diketahui memiliki elemen jenayah dan pengganas yang sentiasa berinovasi bagi kekal tersembunyi termasuk menggunakan kaedah pengabaian untuk menjadikan aktiviti mereka sukar dikesan.

    “Kami memerlukan sokongan serta keyakinan pengawal selia seperti Labuan FSA untuk bereksperimen dan berinovasi secara bertanggungjawab, agar kekal relevan di peringkat global serta berdaya saing, industri perlu berkembang termasuk menerima penggunaan AI dan pembelajaran mesin,” kata Chen. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...