Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Nilai pasaran perkhidmatan pesawat komersil meningkat dua kali ganda

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Pasaran perkhidmatan pesawat komersial dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik pada 2023 dan mencatatkan nilai lebih dua kali ganda daripada AS$95 bilion pada masa ini kepada lebih AS$230 bilion pada 2041, demikian menurut Unjuran Perkhidmatan Global (GSF) Airbus yang terkini.

    Pengeluar pesawat itu berkata dengan itu, bilangan orang yang bekerja dalam perkhidmatan penerbangan dijangka meningkat sebanyak dua juta lagi.

    “Operasi pendigitalan dan penyelenggaraan yang dipercepatkan serta bahagian yang lebih tinggi bagi pesawat generasi terbaharu dalam perkhidmatan akan menjuruskan kepada keperluan besar untuk kemahiran baharu dan penciptaan pekerjaan.

    “Ini adalah bagi memanfaatkan alat dan cara kerja baharu untuk meningkatkan lagi kecekapan sektor kami, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan,” kata Naib Presiden Eksekutif Program dan Perkhidmatan Airbus, Philippe Mhun.

    Menurut Airbus, kadar pertumbuhan tahunan terkompaun 3.7 peratus akan membawa kepada peningkatan lebih daripada dua kali ganda dalam nilai pasaran perkhidmatan dalam tempoh dua dekad akan datang, dengan permintaan yang lebih besar daripada sebelumnya untuk buruh berkemahiran tinggi, dengan sebanyak 585,000 juruterbang baharu, 640,000 juruteknik baharu dan 875,000 kru kabin baharu. –Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...