Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tragedi Stadium Kanjuruhan: 6 individu berdepan tuduhan jenayah

    JAKARTA, 7 OKT – Enam individu terdiri daripada tiga anggota jawatankuasa penganjur dan tiga anggota polis berdepan tuduhan jenayah berkaitan tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang mengorbankan kira-kira 125 nyawa termasuk kanak-kanak.

    Tiga anggota polis itu adalah mereka yang bertugas semasa pertembungan ‘derby Jawa Timur’ antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, kata Ketua Polis Jenderal Listyo Sigit Prabowo dalam sidang media yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

    Beliau berkata mereka akan didakwa di bawah Perkara 359 dan 360 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian sehingga menyebabkan kematian dan Perkara 103 perenggan 1 Undang-Undang No 11 Tahun 2022 mengenai sukan.

    Listyo berkata ketua PT Liga Indonesia Baru, organisasi yang mentadbir pertandingan bola sepak profesional Indonesia disyaki gagal memastikan stadium memenuhi syarat untuk pensijilan operasi.

    Ketua jawatankuasa pengelola pertandingan Arema FC mencetak tiket melebihi kuota menjadi 42,000 tiket melampaui had 38,000 tiket dan pegawai keselamatan kelab tidak menyelaraskan penjaga pintu ketika kejadian.

    Seorang anggota polis didapati gagal mencegah penggunaan gas pemedih mata meskipun tahu ia dilarang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, manakala dua lagi memerintahkan anggota bawahan melepaskan gas pemedih mata.

    Jika sabit kesalahan keenam-enam mereka boleh dipenjara maksimum lima tahun, kata Listyo sambil menambah, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada penambahan suspek memandangkan siasatan masih diteruskan. – Bernama

    Seorang wanita menangis di pintu masuk Stadium Kanjuruhan di mana lebih 100 orang maut dalam kejadian rempuhan 1 Oktober lalu. Enam individu terdiri daripada tiga anggota jawatankuasa penganjur dan tiga anggota polis berdepan tuduhan jenayah berkaitan tragedi di Stadium Kanjuruhan.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...